|
|
Saya merupakan pengguna setia Lacte Duet sudah hampir setahun. Pada mulanya saya menggunakan single pump jenama XX, namun setelah mengambil kira berbagai faktor, saya memilih untuk membeli double pump. Namun untuk membeli double pump yang benar-benar berbaloi bukan mudah. Maka saya telah menjalankan kajian dari berbagai sudut dan akhirnya saya telah berkeputusan untuk membeli Lacte Duet!
Pembelian saya benar-benar berbaloi kerana Lacte Duet kerana:
- Harganya yang berpatutan untuk double pump.
- Rekabentuk yang menarik & ceria (mempunyai butang yang senang guna)
- Boleh menggunakan bateri, plug dan powerbank
- Mempunyai laras yang berasingan bagi setiap pam kiri dan kanan. Boleh sesuaikan secara berbeza dalam masa yang serentak.
- Senang basuh.
- Mempunyai silikon di breast horn pump yang lembut
- Mempunyai neck converter yang memudahkan dengan hanya mengepam terus ke dalam collection bottle.
- SENYAP! Saya pernah mencuba dan membandingkan dengan pam jenama lain, ternyata LACTE DUET antara pam tersenyap bunyinya.
- Mimik sedutan seperti bayi, tidak sakit antara sebab UTAMA saya memilih LACTE DUET. Walaupun tidak sekuat sesetengah pam, tapi sedutan LACTE sangat mudah diterima dan tidak sakit walaupun dilaras sehingga paras yang maksimum.
Sebagai ibu bekerja, saya mengepam sebanyak 3 kali. Pertama pada pukul 7 pagi (semasa di dalam kereta ke pejabat), Kedua pada pukul 11 pagi & Ketiga pada pukul 3 petang. Kebiasaanya saya berjaya mengumpul paling maksimum per sesi sebanyak 7 oz bagi kedua belah. Pengendalian Lacte juga amat mudah kerana saya hanya menyimpan pam & botol ke dalam peti ais untuk sesi yang seterusnya. Jika susu mulai merudum (terutamanya jika hendak datang bulan), saya akan melakukan power pumping sekali sehari & meningkatkan aktiviti mengepam dengan lebih kerap.
Lacte Duet juga pernah mengalami kerosakan, ini disebabkan atas kecuaian saya sendiri. Kebetulan pada masa itu, waranti tinggal seminggu sahaja lagi. Saya berjaya menebus waranti tersebut dalam tempoh waranti tersebut dan breastpump saya kini boleh digunakan semua, malah lebih baik kerana dua motor di dalam pam yang rosak telahpun diganti baru.
Kini, saya telah membeli satu alat perantara yang memudahkan saya mengepam sambil bekerja tanpa disedari oleh orang ramai iaitu Freemie! Saya telah menggunakan freemie dan dikombinasikan bersama Lacte Duet & ianya sangat mudah bagi ibu seperti saya yang menitik beratkan penjagaan aurat semasa mengepam di pejabat.
Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan breastpump ini kerana ianya sangat berbaloi untuk dimiliki. Kini hampir kebanyakan rakan sepejabat saya telah terpengaruh dan mereka juga kini memiliki Lacte Duet dan bersetuju dengan pilihan mereka dan saranan saya, kata mereka, "BERBALOI BALOI".
|
Puan Sofahani Binti Mohamad Sakroji, Puchong Selangor |
Back |
|
|
|